Menakjubkan! T-shirt Anti Air Yang Sangat Unik

Menakjubkan! T-shirt Anti Air Yang Sangat Unik (Foto+Video) | Berhadapan dengan situasi air tertumpah dan terkena pada pakaian adalah sesuatu yang sungguh menjengkelkan. Lebih-lebih lagi jika kita sedang berada dalam sesuatu acara bersama kawan-kawan dan sebagainya. Jika ada pakaian lain, itu lebih baik tetapi jika tidak ada? Kita terpaksa memakai pakaian tersebut dalam keadaan yang ‘kotor’ sekali. Tetapi
terdapat sehelai pakaian yang dianggap unik kerana t-shirt yang dibuat ini mampu menolak basah ataupun kotor jika terkena tumpahan air.



Pakaian unik ini merupakan proyek yang dibuat oleh KickStarter dan diberi nama sebagai ‘Silic T-shirt‘. Ancaman terbesar sering datang dalam bentuk benda yang kita makan dan minum. Oleh itu, Silic mampu membuat anda senantiasa bersih.



Pakaian ini juga diperbuat dari bahan istimewa iaitu Hydrophobic Nanotechnology yang memberikan proteksi anti air dan debu yang membuat kita sentiasa bersih. Sekiranya anda berfikir bagaimana cara kerjanya, cara kerja t-shirt ini jika terkena air akan teruap sendirinya ke udara dan tidak terserap ke dalam pakaian. Pakaian ini boleh didapati dalam dua warna iaitu putih dan hitam.

sumber

No comments:

Post a Comment